permulaanya yang semakin hampir
pada pandangan putihnya satu keseronokan yang dijanji
jika dijernihkan lagi perjalanan ini menjadi mencabar dan rumit nanti
tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan
satu nyawa yang bersuara memerlukan untuk terus hidup
bukan semudah mengeja ayat tanggungjawab itu
bukan semudah menyebut perjalanan itu
jika aku penat berjalan nanti
temankan aku disisi
seperti sekuat nama itu cahaya kehidupan
seperti itu aku perlu bercahaya menerangai hidup mereka.
aku gantung hatiku pada Tuhan ku
insya Allah..
ha yat i
2014/01/22
2013/09/11
september 2013
siapa tahu dia lelaki yang panggil aku "kak yat" pertama kali
siapa tahu dia lelaki yang aku sangka poyo sebab tak hisap rokok
siapa tahu dia lelaki yang sangka aku sudah kawin dan ada anak -_-
siapa tahu dia lelaki yang aku sangka lembut sbb selalu bau dia pakai shampoo sunslik
siapa tahu dia lelaki yang sangka aku singa yang sentiasa menunggu mangsa
siapa tahu dia lelaki yang aku sangka tak akan ngam sampai bila-bila
dan
siapa tahu dia lelaki yang ada di sebelah aku tadi yang nyanyi lagu "Allah selamatkan kamuu......"
siapa tahu dia lelaki yang meraihkan hari ulang tahun aku kali ini bersama ayat "tak tau nak beli apa sebenarnya"
siapa tahu aku tak pernah kisah pasal hari ini hari apa dan hadiah berapa juta dia beli
siapa tahu aku cuma nk cakap
"Alhamdu lilah untuk berkat umur ke hari ini'
"Alhamdu lillah untuk satu nyawa lagi yang penuh kasih sayang Dia pinjam kan pada aku kali ini"
siapa tahu siapa lelaki ini pada aku hari ini
siapa tahu akan datang siapa pula dia disisi aku
siapa tahu??
(pinjam ayat nana.ahai!)
siapa tahu dia lelaki yang aku sangka poyo sebab tak hisap rokok
siapa tahu dia lelaki yang sangka aku sudah kawin dan ada anak -_-
siapa tahu dia lelaki yang aku sangka lembut sbb selalu bau dia pakai shampoo sunslik
siapa tahu dia lelaki yang sangka aku singa yang sentiasa menunggu mangsa
siapa tahu dia lelaki yang aku sangka tak akan ngam sampai bila-bila
dan
siapa tahu dia lelaki yang ada di sebelah aku tadi yang nyanyi lagu "Allah selamatkan kamuu......"
siapa tahu dia lelaki yang meraihkan hari ulang tahun aku kali ini bersama ayat "tak tau nak beli apa sebenarnya"
siapa tahu aku tak pernah kisah pasal hari ini hari apa dan hadiah berapa juta dia beli
siapa tahu aku cuma nk cakap
"Alhamdu lilah untuk berkat umur ke hari ini'
"Alhamdu lillah untuk satu nyawa lagi yang penuh kasih sayang Dia pinjam kan pada aku kali ini"
siapa tahu siapa lelaki ini pada aku hari ini
siapa tahu akan datang siapa pula dia disisi aku
siapa tahu??
we don't know thing He knows
2013/09/10
job.less.com.my
masuk tadi dah tiga kali budak job agency call time aku tgh tidur
adakah ini petanda baik atau sebalik nya
pasal kerja.ha bosan
tukar topic T.T
adakah ini petanda baik atau sebalik nya
pasal kerja.ha bosan
tukar topic T.T
2013/06/19
all about accidently
aku tak pernah menulis perihal hubungan kemanusiaan dalam blog mungkin dulu bagi aku itu agak privacy bagi mengurangkan kontroversi dan mungkin juga aku rasa aku sangat naif dan tak layak nak bercerita lagi hal-hal berkaitan itu
bermula dengan perasaan annoying setiap kali tengok kelibat kau tapi pura-pura senyum sengih sikit-sikit.sebab ahli tak boleh bergaduh kata mereka. jadi aku cuba buang perasaan annoying bila tengok kau. langkah permulaan untuk kurangkan perasaan annoying aku senyum buat-buat gelak buat-buat bila bercakap. aku pun tak sure kenapa aku annoying gila dengan kau maybe ciri lelaki idaman aku perlu ada sifat perokok tegar dan kau err non-smoking person. so aku rasa weh freak kot kau ni.time ni walaupun kita sebaya tapi aku rasa aku level level kakak kau mungkin sebab kau pendek sedikit dan aku garang time ni pantang salah sikit keluar suara nasir bilal khan aku. "hey strangers" ya kebetulan mungkin
setiap kali jumpa kita berbual perihal kereta sebab kerjaya kau dengan syarikat kereta jadi aku tak salahkan keadaan masa itu cuma mula mula bosan bak hang sebab kan aku annoying dengan kau. bila lama-lama kereta aku dah mula meragam sana sini baru aku berminat nak dengar apa yang kau cakap. aku tak paham sebenarnya apa kau sembang tapi aku dengar je lah. lepas tu aku suka tanya soalan yang sama banyak kali. tapi kau mungkin dilahirkan dengan sikap penyabar terlampau dan kau tetap nak jawab soalan aku dengan jawapan yang sama cara yang berbeza kasi nampak lain sikit.ya kebetulan mungkin
memang dari kecil aku minat dengan tool box abah cuma bila abah mula meradang aku banyak dah jahanam kan barang dalam rumah guna screwdriver dia aku cuba kurangkan buat hal pelik-pelik dan menjauhkan diri dari tool box biru abah. sampai la aku jumpa kau baru aku dapat peluang buka skru buka enjin buka tayar dan main minyak hitam. rasa seronok macam dah tak nak balik nak buat kerja amal tolong ko repair kereta je. dari situ bagi aku kau dah tak annoying kau mula masuk zon selamat datang hidup aku dan "hai kawan". ya kebetulan mungkin
the times, oag, hujan, bittersweet, statik, the beatles tak ramai yang nak join sekaki bila aku pasang lagu-lagu ni. balik dari aktiviti persatuan kita keletihan dan nak hilangkan mengantuk ya kita nyanyi lagu ni sama-sama dengan kuat dalam kereta.time tu baru "eh kau minat underground?" "eh eh kau pun minat juga ke" sambung nyanyi balik. dan "hai geng". ya kebetulan mungkin
bila dah ada topik lain sedikit dari kereta baru mula datang rasa seronok nak berbual dengan kau. kalau ada apa-apa event yang melibatkan underground scene, roller blade, archery dan benda-benda cambest ni kita mula layan sama-sama. dulu member aku nk melayan benda alah ni bersifat temporary tak tentu kadang-kadang member ni kadang-kadang member tu. bila dah mula sebulu dengan kau asal ada event nak tak nak aku paksa kau follow jadi private driver aku.haha. mula dari ni gua dah rasa seronok dengan lu sebab buat kerja tak minta gaji dan "hai brotherhood" ya kebetulan mungkin
aku tak suka tengok movie bagi aku benda tu adalah benda paling bodoh boleh buat tiap hujung minggu sebab tengok movie tak keluar peluh dan buang masa. dan mungkin juga aku fobia sebab nasib aku tak berapa baik asal tengok box office movie sure aku patah tengkok dapat seat paling depan.shitttt. bila aku dan mula rapat dengan kau perangai aku dah makin pelik. "wehh cerita best weh kau free tak weekend tengok movie jom bro" aku yang cakap macam ni. pelik aku pun pelik dengan diri sendiri. masa ni kau dah berada dalam zon selesa aku tanpa aku sedar. aku rasa selesa bila dengan kau walaupun kau selalu tegur "gelak tu slow sikit" ya kebetulan mungkin
bukan takat private driver aku malah PA, private mechanic, food consultant, calendar reminder, google maps, alarm clock aku dan sebenarnya banyak lagi.haha. dah tak berapa ingat apa yang kita buat sebab terlalu banyak macam dah kenal lama. sampai satu tahap dan bila mana aku tengok kau dah macam abah dan ayah. banyak mana pun masalah aku balik-balik kau datang dengar dan buat muka cool dan tolong aku dengan pesanan yang sama "sabar sikit ok". memula menyirap juga tengok muka cool kau tu macam tak ada perasaan cemas kelam kabut terkejut ke apa ke ilek je kan tapi lama-lama dah jadi mcm dadah untuk aku. sehari tak tengok aku tak boleh duduk diam dah mcm sindrom pulak aku ni dah. mula dari itu "hai awak". ya kebetulan mungkin
aku, kau tak merancang tapi ini ya kebetulan mungkin
sampai mana nanti hubungan kemanusiaan ni. rancangan Dia adalah yang terbaik :)
this happen accidently trust me.
"Meeting you was fate, becoming your friend was a choice, but falling in love with you I had no control over"
*gambar hiasan tidak ada kena mengena dengan cerita.
assalamu alaikum :)
Langgan:
Catatan (Atom)